Prasekolah Sk Batu Danau, Limbang

Thursday 12 January 2012

Hari Pertama Persekolahan 2012...

Seminggu lebih sudah berlalu persekolahan sesi 2012 tahun ini,Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik.Walaupun pada awalnya mengalami pelbagai karenah daripada murid-murid yang bermacam-macam perangai.Terima Kasih diucapkan kepada semua Ibubapa Murid Prasekolah yang banyak memberikan kerjasama semasa sesi awal persekolahan..sehingga hari ini,proses P&P berjalan dengan lancar dan baik...

Wednesday 21 December 2011

Debaran Hari Pertama Sekolah

Masa berlalu dengan cepat sekali...pejam celik-pejam celik kita semakin hampir melangkah ke tahun baru..
Maka dengan itu juga akan bermula lagi perjuangan sebagai seorang guru untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna..keriuhan tangis dan tawa akan didengari lagi pada awal persekolahan..itulah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru dan pembantu prasekolah setiap awal tahun persekolah..tetapi suara itu juga yang akan dirindui bila tibanya cuti persekolahan....tetapi tanggungjawab yang dipikul sekarang sangatlah berat...sanggupkah aku menggalasnya...0 LINUS? Persoalan inilah yang selalu ada difikiran oleh guru-guru prasekolah..ku berdoa kepada Tuhan, agar aku bisa menyahut cabaran ini pada tahun 2012 ini..

Wednesday 14 December 2011

Slot Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Teknologi ( Bertema )



Slot Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Teknologi ( Bertema )
Kelas                                         :Prasekolah B SK. Batu Danau
Murid                                        : 25 orang
Tarikh                                      :13.10.2011
Hari                                          : Khamis
Masa                                         : 10.20 pagi -11.20 pagi ( 1 jam )
Tunjang Utama                          : Sains dan Teknologi – Bahasa Malaysia
Standard Pembelajaran Utama   : ST 2.1.8 Memerhati dan merekod pemerhatian dalam tulisan yang mudah dengan bimbingan.
                                                ST 2.3.8 Membanding dan mengumpulkan objek mengikut ciri yang dikenalpasti.
Standard Pembelajaran Lain
yang disepadukan                      : BM 3.6.1 Membaca frasa dengan bimbingan.
                                                  BI 3.2.2 Read simple words.
Objektif Pelajaran                    : Pada akhir pengajaran murid dapat :
·         Memerhatikan pelbagai jenis pekerjaan dan menulis semula nama pekerjaan tersebut.
·         Membanding beza peralatan-peralatan mengikut pekerjaan yang betul.
Konsep Utama                           : gambar dan perkataan
Kosa Kata                                 : ka, ki, ku, ke, ko.
Alatan dan Bahan                       : kad gambar, kad perkataan.



Langkah
/masa
Isi kandungan
Aktiviti
Bahan
Set Induksi
(5 minit)
Bersoaljawab
·         Guru menunjukkan satu gambar pekerjaan.
·         Guru meminta murid-murid menamakannya dan menceritakan sedikit tentang latar belakang perkerjaan tersebut.
·         Guru bertanya kepada murid-murid mengenai cita-cita mereka.
·          
Carta gambar

  Langkah 1
  ( 5 minit )


Perkembangan



Tunjuk Bahan

Memadan
·         Guru memperkenalkan gambar dan perkataan dan menyebutkan namanya.
·         Murid-murid diminta mengulang menyebutsemula mengikut gambar yang diberikan.
·         Guru meminta beberapa orang murid untuk memadankan gambar dengan perkataan yang betul.

Kad huruf
Kad gambar
Langkah ll
( 10 minit )
Membandingbeza

Mengelas
·         Guru memberikan dua contoh pekerjaan yang berbeza dan membandingbeza.( Polis dan Doktor )
·         Guru menyatakan perbezaan pekerjaan pada kedua-dua gambar.
·         Guru bersoaljawab bersama murid-murid mengenai gambar.
·         Guru mununjukkan pelbagai jenis barang permainan untuk pekerjaan doctor dan polis.
·         Murid-murid diminta untuk menamakannya.

Kag Gambar
Barang Mainan
  Langkah 3
( 15 minit )
   Mengelas

·         Kemudian murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
·         Guru meminta setiap kumpulan yang diberikan untuk mengumpul peralatan yang disediakan mengikut jenis pekerjaan yang betul.
·         Murid-murid akan menyatakan nama peralatan tersebut satu persatu.
·         Kumpulan yang menang akan diberikan hadiah.
Alat permainan
Langkah IV
( 20 minit )
Pengukuhan
·         Murid-murid diberikan lembaran kerj untuk mengenalpasti peralatan sesuaatu pekerjaan yang betul.

Penutup
( 5 minit )
Refleksi
·         Guru meminta murid-murid menyebut semula jenis-jenis peralatan pekerjaan polis dan doktor.
·         Guru merumus pengajaran dan mengingatkan aktiviti pembelajaran esok hari.

Pentaksiran :
Murid dapat mengenalpasti dan mengelaskan peralatan mengikut pekerjaan dengan betul.